“Hai golongan Muhajirin, ada lima perkara jika terjadi kepada golongan kamu, maka aku berlindung kepada Allah bila hal itu terjadi kepada kamu - bila satu kaum melakukan perzinaan secara terang-terangan maka mereka akan diserang oleh penyakit yang belum pernah dialami oleh nenek-moyang mereka. Bila mereka mengurangi timbangan dan takaran, mereka akan dihukum dengan kepapaan dan kemiskinan serta kezaliman pihak penguasa. Setiap mereka yang enggan membayar zakat, mereka akan terhalang beroleh hujan daripada langit. Dan kalau tidak kerana adanya haiwan dan binatang temak tidaklah akan di-turunkan hujan. Setiap mereka yang melanggar janji Allah dan Rasul-Nya, maka mereka akan dijajah oleh musuh daripada bangsa lain, yang akan merampas sebahagian daripada harta mereka. Dan selama para pemimpin tidak menjalankan hukum-hukum yang terdapat dalam kitabullah, maka sengketa akan berlaku sesama mereka.” (Riwayat Ibnu Majah dan Baihaqi)
↧